Sunday, September 28, 2008

Sambutan Aidilfitri cara Rasulullah - DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE

TENTUNYA tidak relevan lagi untuk mengulas tentang sambutan Ramadan kerana ketika ini telah pun memasuki bulan Syawal, dengan itu bermakna Aidilfitri yang disambut. Tetapi masih ada kaitannya ialah, Aidilfitri itu disambut kerana berakhirnya bulan Ramadan.
Walaupun buku ini berbicara tentang Ramadan, ia turut tidak melupakan untuk mengupas perihal Aidilfitri. Fokusnya tetap sama iaitu bagaimana cara sambutannya mengikut amalan Rasulullah.
Penulis buku ini memulakan bab mengenai Aidilfitri dengan memberi ‘rasa’ kurang senang dengan cara hari kebesaran itu disambut oleh segelintir masyarakat Islam. Menurutnya, amat sedikit di kalangan kita semua yang benar-benar mengambil kira tatacara yang telah diajar oleh Rasulullah semasa menyambut perayaan Aidilfitri.
‘‘Bukan satu kejutan atau menghairankan jika dikatakan bahawa perayaan Aidilfitri di kalangan umat Islam dewasa ini tidak banyak bezanya dengan cara golongan kafir merayakan hari kebesaran mereka.
‘‘Bunyi persamaan itu agak keterlaluan tetapi pertimbangkan pelbagai kemungkaran yang berlaku semasa sambutan Aidilfitri. Contohnya pembaziran, pergaulan bebas, bersalaman lelaki dan wanita bukan muhrim dan sebagainya. Itu belum dikira ada sesetengah kita yang berbohong, mengumpat dan melakukan perbuatan tidak senonoh lain,’’ tulis beliau pada bab Kedatangan Aidilfitri, di halaman 118.
Di dalam bab yang sama beliau turut menyatakan betapa kebanyakan daripada kita semua lebih gemar menghabiskan masa menonton rancangan di televisyen dan bukannya ziarah-menziarahi sesama saudara.
Tambahnya, rancangan televisyen (bukan semua) penuh dengan program berunsur hedonis selain ada juga segelintir kita yang menziarah kubur pada Hari Raya, dianggap penulis sebagai upacara bidaah.
Justeru, dengan menyorot serta mencedok ayat-ayat Quran dan hadis, penulis cuba memberi panduan berhubung cara yang afdal untuk menyambut serta meraikan Aidilfitri.
Antara panduan yang terdapat di dalam buku ini termasuk amalan-amalan sunat dilakukan di Aidilfitri; hukum mengerjakan solat Aidilfitri; sifat solat Hari Raya Nabi Muhammad s.a.w.; masalah berkaitan solat Hari Raya; khutbah; hukum bergembira di Hari Raya dan mengerjakan puasa enam hari di bulan Syawal.
Tidak ketinggalan, pengertian Aidilfitri itu sendiri disertakan dan dikongsi bersama dengan pembaca semua. Kalau kita belum jelas, makna eid daripada segi bahasa ialah sesuatu yang berlaku berulang-ulang atau hari orang berkumpul.
Muncul Ibn al-Arabi menyebut: ‘‘Hari Raya disebut eid kerana hari itu akan sentiasa muncul pada setiap tahun dan membawa kegembiraan baru.’’ Fitri atau fitrah pula bermakna sedia kala atau bersifat asal. Maka Hari Raya Aidilfitri ialah salah satu dari hari kebesaran umat Islam yang disambut tanggal 1 Syawal setiap tahun setelah berjaya menyempurnakan ibadat sepanjang Ramadan dan kembali kepada fitrah, iaitu dibenarkan makan serta minum.’’
Dalam bab seterusnya, penulis mengupas satu persatu mengenai amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sempena menyambut ketibaan Aidilfitri.
Antara amalan yang diajarkan itu termasuklah bertakbir, meneruskan qiamullail, mandi dan makan sebelum solat Hari Raya, memakai pakaian indah, berjalan menuju ke tempat solat, mengikuti jan berbeza ketika pergi dan pulang serta mengerjakan solat di tempat lapang.
Barangkali ada kemusykilan tentang pengucapan Selamat Hari Raya di kalangan kita semua.
Dalam hal ini, penulis ada menyebut mengenai senario umat Islam di Malaysia mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin’.
Namun kata penulis, apa yang lebih bertepatan ialah mengambil teladan sunah Nabi s.a.w. sebagaimana diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, yang dinukilkan daripada Jubair Nufair katanya yang bermaksud: ‘‘Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w. bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain iaitu ‘taqabbalullah minna waminka’ bermaksud: ‘‘Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.’’
Sementara itu, menariknya dalam buku ini ialah penulis mengutarakan mengenai hukum bergembira di Hari Raya.
Lazimnya, bagi kita di Malaysia, kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri diterjemahkan dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul dan ziarah-menziarahi sesama umat Islam. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum Aidilfitri dimanfaatkan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan.
‘‘Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam sempena menyambut Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.’’
Rasulullah sendiri telah membenarkan penduduk Madinah bergembira apabila munculnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Setiap tahun, umat Islam di seluruh negara akan membuat persiapan ‘beria-ia’, tidak kira semasa menyambut Ramadan atau Aidilfitri.
Pendek kata, golongan yang beria-ia ini sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang besar sehingga melupakan apa yang diajar oleh ayat al-Quran dan hadis Nabi.
Dalam hal ini, kita sendiri mengetahui bahawa Islam tidak pernah menghalang atau melarang umatnya berbelanja, bersuka ria atau menyambut perayaan dengan kemeriahan.
Tetapi perlu diingatkan bahawa Allah s.w.t. telah menggariskan beberapa panduan dan contoh terbaik bagi hamba-hambaNya dalam menyambut kedua-dua bulan yang mulia itu.
Selain berpandukan ayat Quran dan hadis Nabi, buku tulisan Mohd. Yaakub, graduan lulusan Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini boleh dijadikan sandaran bacaan bagi menambah ilmu pengetahuan tentang cara sambutan Ramadan dan Aidilfitri seperti disyariatkan Islam.

SALAM LEBARAN

SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, September 25, 2008

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yang nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.
'Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..' WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.
kepada
SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri. Wahai Ali,
bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Saturday, September 20, 2008

SELAMAT DATANG RAMADAN

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan,
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan
dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
(jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan,
yang berdo'a adalah Malaikat
dan
yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat,
dan dilakukan pada hari Jumaat.