Sunday, October 26, 2008

SEJARAH UMNO - DIPETIK DARIPADA LAMAN WEB UMNO MALAYSIA

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran.
Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui. Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu. Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan.
Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.
Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat. Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara.
Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.
Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.

4 comments:

Anonymous said...

Inikah Calon PKR Bagi DUN Penanti ?


Ketika PRU11, PKR hanya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Di dalam Parlimen inilah letaknya DUN Penanti. Penanti dipercayai berasal dari sebuah kawasan orang asli pada awal kurun ke 20. Pekan penanti turut dikelirukan dengan panggilan Kubang Semang yang turut menggunapakai pekan Penanti sebagai nama pusatnya walaupun Kubang Semang pada asalnya terletak beberapa kilometer dari Penanti.

Kekeliruan ini seolah-olah mencambahkan lagi kepada kekeliruan pemilihnya yang bermati-matian mengekalkan seorang ahli Parlimen antara paling lama menguasai sesebuah kawasan. Sayangnya mereka kepada parti ahli Parlimen tersebut membelakangkan tohmahan mereka sendiri kepada kegilaan seseorang ahli politik terhadap kuasa.

DUN Penanti kini menjadi tapak mula bagi PKR menunjukkan bahawa hatta meletakkan tunggul kayu sekalipun, mereka mampu memenangi kerusi DUN tersebut.

Inilah bayangan betapa akar umbi PKR itu sendiri kukuh mencengkam sentimen politik negara ini dengan tunjangnya di Parlimen Permatang Pauh yang mana di dalamnya terletak DUN Penanti.
DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 5:15 AM 2 ULASAN
LABEL: Sinis
Friday, April 17, 2009
Cina Hanya Sokong BN Kalau Dapat TPM II?

Kononnya telah berlaku hembusan hasutan yang membawa maksud, "jangan undi BN selagi TPM II tidak diwujudkan untuk orang Cina." Tidak mustahil ini ada berlaku memandangkan MCA tetap dengan usaha mendesak TPM II dari Presidennya. MCA masih tidak hilang ahli tetapi undi untuk BN kelihatan hilang dengan banyak sekali.

Ini mengakibatkan Pakatan Rakyat dipilih kerana Pakatan Rakyat mampu membayangkan seorang bukan Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Adakah masanya telah berubah untuk kita kembali mencina memelayu dan mengindiakan setiap rakyat Malaysia mengikut ras budaya masing-masing.

Sebenarnya, Pakatan Rakyat yang mendakwa memecah politik berdasarkan kaum inilah yang membawa segalanya melangkah mundur ke belakang. Penekanan aspek meraih undi terpaksa menekankan garis perkauman ke tahap tinggi.

Mereka kononnya tidak bersifat memecah rakyat kepada etnisiti hakikatnya telah berjaya menebalkan lagi rasisme.

Nizar Jamaluddin terpaksa menjadi Tan Ah Chong demi meraih undi. Kenapa dia tidak boleh disokong jika dia Melayu Islam totok?

Budaya perkauman yang semakin menebal ini lambat laun merusakkan negara ini. Perebutan kuasa akan menggadai banyak kepentingan semua orang tidak mengira kaum, suatu hari nanti.

Contohnya kedudukan Koh Tsu Koon yang ibarat TPM II kini akan mengakibatkan MCA berasa tidak senang dan akan berlaku salah faham.

Tetapi politik orang Cina sangat matang. Orang Melayu belum cukup layak berpolitik. Mereka hanya layak diperintah Sultan atau Khalifah. Jika mereka berpolitik, mereka akan cintakan pepecahan.
DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 2:53 AM 4 ULASAN
LABEL: Thoughts
Thursday, April 16, 2009
DUN Penanti Dikosongkan

MStar, 16 April 2009

ADUN Penanti letak jawatan

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.


Ulasan

Aduhai Fairus. Kenapalah tak letak jawatan sebulan dua yang lepas. Kalau tidak, bolehlah diadakan PRK Penanti 2 Bukit 1 Batang. Tetapi, apapun yang terjadi, tahniah kepada Fairus kerana berani menunjukkan bahawa ada yang tidak kena dalam pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang, walaupun Malaysia akan diwarnai PRK lagi, dan pekan kecil Penanti akan mengalami PRK lagi. Dulu Azizah letak jawatan. La ni, Fairus pulak. Sukahati hangpa la. Cemuih dah.

DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 3:54 PM 0 ULASAN
LABEL: Pilihanraya, Sinis
Wednesday, April 15, 2009
Pemuda oh Pemuda

Khairy Jamaluddin telah menang. Tetapi tahukan kita bahawa ramai ahli Pemuda UMNO akar umbi ada yang keberatan untuk menggerakkan diri sebagai sayap Pemuda selepas itu? Apa kisahnya.

Ada yang mengatakan " Malu nak mengaku Pemuda ". Ada yang mula bercampur gaul dengan ahli yang lebh senior, malah ada yang mencadangkan bubar sayar Pemuda Cawangan sebagai tanda protes.

Protes untuk apa? Protes ini adalah untuk memberitahu kepada Lembaga Disiplin bahawa apa yang diputuskan mereka terhadap Khairy Jamaluddin adalah tidak masuk akal.

Ini bukan idea Tun M. Ramai yang membantah tindak tanduk Khairy Jamaluddin mengikut pertimbangan sendiri. Tun M pun masih diluar UMNO ketika itu.

Kerja pembersihan UMNO menjadi kerja pengotoran parti itu seakan-akan bentuk sabotaj oleh KJ. Ini kerana KJ berpendapat, dunia menyalahkannya atas kekalutan dalam pemerintahan Tun Lah.

Kemenangan KJ dengan cara ini amat ironik dan memberi kesan bukan sedikit terhadap ahli-ahli UMNO.

Ahli-ahli UMNO kebanyakannya 'mendengar kata' pucuk pimpinan dan jawatan Ketua Pemuda tidak memberi apa-apa kuasa kepada penjawatnya untuk mempengaruhi UMNO. Apatah lagi dengan persepsi setelah Ketua Pemuda tidak diberi jawatan kabinet.

Sejak bulan November 2008 lagi telah kedengaran isu permainan wang dalam meraih undi. Wang tunai. Bukan pemberian 'lorong pantas' dalam apa-apa kepentingan yang biasa dibuat oleh semua ahli politik, yang memerintah atau yang membangkang.

Ramai ahli Pemuda mengetahui hakikat ini dan setelah Khairy Jamaluddin diisytiharkan menang selepas pengiraan undi, Pemuda di seluruh negara telah menjadi keliru sama ada untuk mencela wakil Pemuda ke Perhimpunan Agong, atau tukang kira undi.

KJ berjaya melakukan sabotaj. Perbuatannya bukanlah rahsia apabila kisah ini diceritakan merata-rata.

Tetapi, ada wakil yang menceritakan begini, " Hang tak heran ke, hati manusia yang berubah sekelip mata. Enam bulan hati tetap. Tiba-tiba berubah masa pemilihan."

Teman jawab, " Kome yang dah terkena mendrem. Mendrem kepala agong."

Apa sudahnya bila perwakilan yang mewakili beratus ribu ini turut menjadi agen sabotaj UMNO? Salahkan siapa?

Yang pasti, mereka semua kini berhadapan dengan pandangan serong di tempat masing-masing. Pemuda oh pemuda. Ayat ini popular sejak dulu lagi dari zaman kegemilangan BN menakluk negara. "Pemuda taik kuda."
DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 3:01 AM 16 ULASAN
LABEL: Politik Semasa, Sinis, Soalan
Tuesday, April 14, 2009
PAS Mahu Tunjuk Perasaan Ala-Thai di Perak?

Setiausaha Agung PAS Pusat, Kamaruddin Jafar, yang dulu merupakan pengampu orang kaya dalam UMNO yang kini kekecewaan, dengan beraninya membuat ugutan untuk menjadikan politik Perak seumpama apa yang berlaku di Thailand.

Si Kamaruddin inilah yang dulu semasa bersama UMNO menjadi jaguh yang tidak dilagukan dan tidak disenangi ahli UMNO akar umbi dalam perjuangannya menentang hudud menggunakan platform UMNO.

Hari ini, mangkuk sia ini cepat-cepat menunjuk pengaruhnya dalam menerapkan MOB RULE kepada ahli PAS yang kebanyakannya terlalu cetek ilmu mereka dalam sejarah demokrasi itu sendiri. Orang nak politik, depa pun nak politik.

Jangan biar budaya Thailand menerpa masuk ke negeri Perak ini. Jika mob di Thailand masih berlandaskan setia mereka kepada raja, mob di Perak melambangkan sebaliknya.

Tetapi, jika teringin sangat, Kamarudin Jafar dicabar untuk memulakannya. Dan kita boleh lihat acara Melayu bertempur dengan Melayu di Perak dan selagi tiada antara kita yang merasa kerugian sampai jatuh terduduk, tiada apa yang dapat kita insafi.

Kalau ada nyawa yang melayang, kita tanya la para mufti apa 'keistimewaan' ke atas orang yang mati mempertahankan dogma Yahudi.
DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 10:41 AM 10 ULASAN
LABEL: Sinis, فريعاتن
Monday, April 13, 2009
Isu Tarif Air : Konflik P. Pinang - Kedah Berterusan Bawah PR ?

Semasa zaman Koh Tsu Koon, telah berlaku konflik dalam urusniaga air mentah dengan Kerajaan Kedah yang turut diperintah BN.

Kali ini, walaupun kedua-dua negeri diperintah Pakatan Rakyat, rakyat tetap dibelakangkan dalam masing-masing merebut kepentingan sendiri di sempadan Pulau Pinang - Kedah.

Guan Eng memberi perhatian penduduk Pulau Pinang dengan kenyataan " Kurangkan penggunaan air atau tarif dinaikkan ".

Ini jelas menunjukkan bahawa tiada kepentingan untuk rakyat dalam caraniaga antara DAP dan PAS. Jika kedua-dua negeri ini diperintah BN, Kerajaan Pusat mungkin masih relevan untuk campurtangan dan kehendak rakyat dapat terus diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan.

Hakikatnya, di sebalik kenyataan Guan Eng, teserlah kenyataan bahawa Pulau Pinang dan Kedah tidak akan bertolak ansur dalam sesuatu yang membawa pemisahan daerah ini keluar dari Kedah, kira-kira 200 tahun lalu.

DAP mungkin menganggap bahawa penduduk Pulau Pinang telah punya banyak wang untuk membayar bagi tarif yang tinggi, dan ia menguntungkan kerajaan negeri.

Ini kerana bagi DAP, Pulau Pinang menjadi miliknya atas undi penutur bahasa majoriti yang sememangnya mampu untuk membayar bil air yang lebih.

Yang menjadi mangsa ialah Melayu Pulau Pinang yang merupakan sub-etnik Melayu Kedah. Kayakah mereka?

Relevenkah campurtangan Kerajaan Pusat dalam isu ini? Mengapa tidak undi kerajaan BN sahaja? Haha. Pening !
DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 9:00 PM 2 ULASAN
LABEL: Fokus, Sinis, Soalan, Thoughts
Older Posts Subscribe to: Posts (Atom) بسم الله الرحمن الرحيم ..تريما كاسيه رعيت ڤراق يڠ مڠهارڤكن تومبڠڽ كراجأن بونيك د نڬري اين
Dengan mengkritik Pakatan Rakyat, tidak bermakna penulis tidak mempunyai hak untuk mengkritik UMNO dan BN


Pakatan Rakyat belum wujud pada 8 Mac 2008. Siapa yang menipu rakyat?







ARKIB BLOG
▼ 2009 (125)
▼ 19/4 - 26/4 (1)
Inikah Calon PKR Bagi DUN Penanti ?
► 12/4 - 19/4 (7)
Cina Hanya Sokong BN Kalau Dapat TPM II?
DUN Penanti Dikosongkan
Pemuda oh Pemuda
PAS Mahu Tunjuk Perasaan Ala-Thai di Perak?
Isu Tarif Air : Konflik P. Pinang - Kedah Berterus...
"Saya Dijemput Sultan" - Nizar
Setuju Wataniah Di Setiap Parlimen
► 5/4 - 12/4 (7)
Penduduk Parlimen Tambun Berbesar Hati Perlantikan...
Ipohmalay Ucap Tahniah Kepada Husni Hanadzlah
Husni Menteri Penuh? Go Husni Go !
Ipohmalay Ucapkan Tahniah Kepada Nizar
UMNO Bakal Menyambut Kepulangan Besar-Besaran
Selamat Mengundi
Kaedah Pentadbiran PR Perak Yang 'Memudahkan'
► 29/3 - 5/4 (10)
PAS Terbabit Dalam Pluralisma Agama ?
Selamat Pulang Tun M. Tapi Najib Ialah Najib
RPK : Raja Pitnah Kamaruddin Akan Bawa Blog-Blog P...
Selamat Bertugas DS Najib, Terima Kasih Tun Abdull...
Hangpa Suka, Hangpa Nganga, Hangpa Jawab !
DAP Bikin Bukit Gantang Medan Referendum Ingkar Ti...
Polis Beri Amaran : No Altantuya !
Pak Lah
Bukit Selambau : 15 Penjuru
Mampukah Tun, Najib, M'din Jadi Kuli Rakyat?
► 22/3 - 29/3 (4)
Inferioriti Sesebuah Kaum Boleh Di Ukur
TPM : Milik Muhyiddin Yassin
Politik Wang : Anwar 1993, Khairy 2009 ?
PAS Perak Tetap Ikut Telunjuk DAP
► 15/3 - 22/3 (1)
Penyokong PR : Campuran Air Dan Minyak
► 1/3 - 8/3 (4)
Mob Rule : Melayu Masuk Perangkap Zionis?
PR Jadi Bahan Ketawa Di Perak
Keputusan Undian Populariti Kerajaan Perak 2008
Tiada Apa Yang Perlu Ditakuti Dengan Karpal Singh!...
► 22/2 - 1/3 (7)
"Benggali Lah Raja" - Karpal Sink
Hakim PAS Tarik Diri, Terima Kasih.
Mansuhkan PPSMI, Perkasakan Subjek BI - Malaysiaki...
Sultan Perak Cuma Mahu 'Bukan PR'?
Nukilan Dari Bukit Gantang
Apa Yang Penting : Kerjasama - WonderPAS
Satira Ahad : Temple Of Anwar
► 15/2 - 22/2 (11)
Petikan Maksud Al-Quran Berkaitan Polemik Politik ...
Antara Elizabeth Chua Dan Helmi Wong
Memang Sultan Boleh Disaman, Tetapi...
Sasaran 5,000 Pemuda Berhimpun Di PWTC Tercapai
Kerajaan Gabenor Monyet Memekik Lagi
My Big No
سسوڠڬوهڽ ڤاس برادا د جالن يڠ ساله
Sesetengah Yang Angkuh, Racist Dan Menunggu Masa
Institusi Beraja Akan Terus Disanggah?
► 8/2 - 15/2 (12)
► 1/2 - 8/2 (28)
► 25/1 - 1/2 (10)
► 18/1 - 25/1 (5)
► 11/1 - 18/1 (8)
► 4/1 - 11/1 (10)
► 2008 (201)
► 28/12 - 4/1 (5)
► 21/12 - 28/12 (6)
► 14/12 - 21/12 (3)
► 7/12 - 14/12 (4)
► 30/11 - 7/12 (8)
► 23/11 - 30/11 (12)
► 16/11 - 23/11 (3)
► 9/11 - 16/11 (4)
► 2/11 - 9/11 (4)
► 26/10 - 2/11 (6)
► 19/10 - 26/10 (4)
► 12/10 - 19/10 (6)
► 5/10 - 12/10 (9)
► 28/9 - 5/10 (3)
► 21/9 - 28/9 (3)
► 14/9 - 21/9 (6)
► 7/9 - 14/9 (4)
► 31/8 - 7/9 (1)
► 24/8 - 31/8 (3)
► 17/8 - 24/8 (2)
► 10/8 - 17/8 (2)
► 3/8 - 10/8 (1)
► 27/7 - 3/8 (7)
► 20/7 - 27/7 (8)
► 13/7 - 20/7 (1)
► 6/7 - 13/7 (5)
► 29/6 - 6/7 (8)
► 22/6 - 29/6 (3)
► 15/6 - 22/6 (4)
► 8/6 - 15/6 (4)
► 1/6 - 8/6 (2)
► 18/5 - 25/5 (6)
► 11/5 - 18/5 (3)
► 4/5 - 11/5 (12)
► 27/4 - 4/5 (8)
► 20/4 - 27/4 (5)
► 13/4 - 20/4 (5)
► 6/4 - 13/4 (6)
► 23/3 - 30/3 (1)
► 16/3 - 23/3 (4)
► 24/2 - 2/3 (10)
Recent Visitors
Top Kuala Lumpur Blogs

Click to get FEEDJIT


Live Traffic Feed
Top Kuala Lumpur Blogs
Selangor arrived from parpukari.blogspot.com on "IPOHMALAY"
Ayer Itam, Pulau Pinang arrived on "IPOHMALAY"
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived on "IPOHMALAY"
Ipoh, Perak arrived on "IPOHMALAY"
Ipoh, Perak arrived from gap.org.my on "IPOHMALAY"
Bukit Mertajam, Pulau Pinang arrived from gajahmenta.blogspot.com on "IPOHMALAY"
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived on "IPOHMALAY"
Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan left "IPOHMALAY" via penembak-tepat.bl ogspot.com
Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan arrived on "IPOHMALAY"
Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan arrived from parpukari.blogspot.com on "IPOHMALAY"
Watch in Real-Time
Options>>
∙ Change your Location
∙ Ignore my browser
∙ Live Traffic Map
∙ Popular Pages Today

Click to get FEEDJIT





Perak Bangkit - Mala... [4350]
Penggabung Suara ... [2906]
Google [1788]
AnwarDotCom: Turki M... [1693]
Blogger: Private [1302]
Malaysiakini [1144]
Panglima Perang Cybe... [767]
Yahoo [335]
Info Corner - Sudut ... [320]
TAIPINGMALI [306]
ANGIN PERUBAHAN [259]
GERAKAN ANTI PKR [246]
Senarai Laman Ahli B... [232]
Belantan [227]
PEWARISMELAYU [223]
Dari Kacamata Melayu [210]
DARE TO MAKE A CHOIC... [195]
The Antics of Husin ... [175]
PANEH MIANG [167]
ParpuKari [166]
belacakbaroh.blogspo... [134]
Pahang Daily Online:... [130]
GOMO [119]
Pemuda Ipoh Barat [116]
Pemuda Padang Rengas [113]
Sahabat-Gunung: Siap... [102]
yeopPERAK [99]
SEDINGIN SALJU: Usta... [99]
AbangTuah [89]
Analisis Ringan Poli... [87]
NOBISHA: UNTUNG SEKA... [82]
hard-t: Selangor the... [82]
Pejuang Bangsa: Niza... [79]
Empayar Malaya: PAKA... [79]
mat saman kati [79]
ADI JAGAT PUTRA [77]
Dua Dunia ... Zahid ... [72]
Utara Online Forums-... [69]
whatever [65]
waadat [60]
Suara Perpaduan Mela... [59]
MELAYU SEPANG [56]
Pentas UMNO Bandar P... [55]
Aspirasi Bangsa - li... [55]
BangsaMalaysia [52]
brokenTHEcode [52]
PANDANG SINI [48]
Fikiran Kami [48]
:: Bila Bulan Mengam... [47]
Surind: The Hajj: Th... [45]

19,360

www.e-referrer.com
071208



Ketika PRU11, PKR hanya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Di dalam Parlimen inilah letaknya DUN Penanti. Penanti dipercayai berasal dari sebuah kawasan orang asli pada awal kurun ke 20. Pekan penanti turut dikelirukan dengan panggilan Kubang Semang yang turut menggunapakai pekan Penanti sebagai nama pusatnya walaupun Kubang Semang pada asalnya terletak beberapa kilometer dari Penanti.

Kekeliruan ini seolah-olah mencambahkan lagi kepada kekeliruan pemilihnya yang bermati-matian mengekalkan seorang ahli Parlimen antara paling lama menguasai sesebuah kawasan. Sayangnya mereka kepada parti ahli Parlimen tersebut membelakangkan tohmahan mereka sendiri kepada kegilaan seseorang ahli politik terhadap kuasa.

DUN Penanti kini menjadi tapak mula bagi PKR menunjukkan bahawa hatta meletakkan tunggul kayu sekalipun, mereka mampu memenangi kerusi DUN tersebut.

Inilah bayangan betapa akar umbi PKR itu sendiri kukuh mencengkam sentimen politik negara ini dengan tunjangnya di Parlimen Permatang Pauh yang mana di dalamnya terletak DUN Penanti.
DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 5:15 AM

azhari bin din said...

kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor,walauapapun cabaran dan halangan serta kebencian sesetengah ahli-ahli umno terhadap perjuanganmu...jangan kamu gentar,kerana yang benar itu pasti berjaya...kita nak umno bersatu ..tapi mereka...orang-orang umno sendiri yang masih tak mau menerima kenyataan dan ada agenda peribadi kerana kekalahan mereka. Kami umno cawangan taman Sena indah akan sentiasa mendokong perjuanganmu ...jangan undur walau selangkah pun.Percayalah...hanya orang-orang yang mempunyai jiwa yang tabah dan kuat past Allah meredainya...Salam dari..Abangmu...Ketua Umno Cawangan Taman Sena Indah.

azhari bin din said...

kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor,walauapapun cabaran dan halangan serta kebencian sesetengah ahli-ahli umno terhadap perjuanganmu...jangan kamu gentar,kerana yang benar itu pasti berjaya...kita nak umno bersatu ..tapi mereka...orang-orang umno sendiri yang masih tak mau menerima kenyataan dan ada agenda peribadi kerana kekalahan mereka. Kami umno cawangan taman Sena indah akan sentiasa mendokong perjuanganmu ...jangan undur walau selangkah pun.Percayalah...hanya orang-orang yang mempunyai jiwa yang tabah dan kuat past Allah meredainya...Salam dari..Abangmu...Ketua Umno Cawangan Taman Sena Indah.

azhari bin din said...

kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor,walauapapun cabaran dan halangan serta kebencian sesetengah ahli-ahli umno terhadap perjuanganmu...jangan kamu gentar,kerana yang benar itu pasti berjaya...kita nak umno bersatu ..tapi mereka...orang-orang umno sendiri yang masih tak mau menerima kenyataan dan ada agenda peribadi kerana kekalahan mereka. Kami umno cawangan taman Sena indah akan sentiasa mendokong perjuanganmu ...jangan undur walau selangkah pun.Percayalah...hanya orang-orang yang mempunyai jiwa yang tabah dan kuat past Allah meredainya...Salam dari..Abangmu...Ketua Umno Cawangan Taman Sena Indah.