Wednesday, August 13, 2008

RENUNGAN BERSAMA !

Renungan kepada Ketua-ketua Pemuda Cawangan
Parlimen Tasek Gelugor

Tahniah atas pemilihan saudara sebagai Ketua Pemuda Cawangan yang baru.
Besarlah harapan agar jangan anggap ini sebagai kemenangan tetapi bagi saya,
ini merupakan tanggungjawab yang kita kena pikul bersama.
Bukan jawatan ini untuk bermegah juah
tapi ini merupakan amanah yang harus kta sudah dan selesaikan dengan kejayaan. Tambah mana yang kurang dan perbetul segala kesilapan.
Perjuangan belum selesai.
Tq

4 comments:

Anonymous said...

''Kadang-kadang Kita Baru Tersedar, Kita Lupa Sejarah....''
Posted on Wednesday, September 10 @ 15:22:42 MYT

oleh :Anuar Hj Safian

Penulis terpanggil untuk juga membicarakan tentang apa yang diucapkan oleh Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang dalam isu hangat yang diperkatakan ketika ini berkaitan dengan orang Cina adalah menumpang dalam negara ini dan tidak boleh memiliki hak samarata dengan orang Melayu.

Bagi penulis isu ini, sama ada ianya telah dimanipulasikan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh atau dipermainkan oleh anggota parti Gerakan atau sengaja diperbesarkan oleh parti lawan dan pembangkang kerajaan itu tak penting.

Yang penting ialah fakta dan sejarah yang nak diluahkan oleh Datuk Ahmad sendiri selaku pemimpin bahagian dan pemimpin yang berada di dalam sebuah negeri yang dipimpin oleh orang bukan Melayu sejak begitu lama.

Kadang-kadang kita juga harus menghormati apa yang ditafsirkan sebagai luahan dari hati kecik sendiri yang telah lama berlegar-legar diminda Datuk Ahmad.

Dan mungkin kita mengambil satu peluang untuk berfikir sejenak tentang apakah yang dikatakan oleh Datuk Ahmad itu ada betul atau tidaknya di dalam arus politik adu domba semasa yang penulis kira orang bukan Melayu sedang mencari kelemahan di atas kedudukan semasa yang tidak menentu.

Memang mengikut sejarah sepertimana yang terkandung di dalam buku bertajuk "The Asian Godfathers, Money & Power in Hong Kong and Southeast Asia" tulisan Joe Studwell, mengatakan bahawa,

"kedudukan Semasa ekonomi Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Hongkong adalah disebabkan dua faktor sejarah besar yang berlaku sejak kurun ke 18 iaitu penghijrahan dan kolonisma".

Di dalam buku tersebut ia mengatakan bahawa penghijrahan besar-besaran telah berlaku pada pertengahan abad ke 19 daripada tanah besar negeri Cina sehinggalah ke negara Asia Tenggara kerana dua faktor penting iaitu berlakunya perang candu yang berlaku 1839-42 dan di antara 1856-60 berlaku pembukaan pelabuhan kapal dagang wap di samping pembukaan pelabuhan baru kapal wap di Asia Tenggara.

Pembukaan perkhidmatan kapal wap daripada Haikou di Hainan ke Bangkok sebagai contohnya menyebabkan begitu ramai orang China yang berketurunan Hainese di Thailand pada masa ini.

Dan daripada pengamatannya mengikut sejarah jumlah ini telah meningkat disebabkan oleh pembukaan industri-industri baru yang berasaskan timah dan perladangan oleh Inggeris yang ternyata telah banyak mewujudkan pelan pola pendudukan baru kepada Orang Cina dan India dirantau ini.

Maka bagi penulis ini adalah bukan penemuan baru, dan semasa kemerdekaan terbentuk pun pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu pun sudah bersedia untuk berkongsi kuasa dengan parti-parti lain di dalam PERIKATAN asalkan hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, bahawa Melayu dan agama Islam didalam negara ini tidak diancam.

Dan ini terbukti apabila pengasas MCA pada masa itu iaitu; Tun Tan Siew Sin, mengakui semangat toleransi UMNO untuk mewujudkan negara ini bersama-sama PERIKATAN melalui kata-katanya kepada Tunku;

"Perlu saya katakan bahawa saya amat kagum dengan kemulian dan sikap tolak ansur pemimpin-pemimpin UMNO, lagipun ini juga adalah isu-isu yang sangat penting bagi mereka dan dalam keadaan getir begitu, mereka masih boleh bertolak ansur dan perpandangan jauh".

"Maka saya dengan ini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada anda dan UMNO sehingga akhir hayat saya kerana anda dan rakan-rakan telah menunjukkan keihklasan yang tidak berbelah bahagi semasa melalui ujian getir itu, anda telah membuktikanya dengan tindakan anda, kami semua tidak mampu meminta lebih dari itu".

Oleh yang demikian kita semua harus sedar bahawa pemimpin-pemimpin dahulu adalah dari mereka yang sedar tentang diri dan kedudukan mereka dalam masyarakat negara ini, tetapi pada hari ini kita berdepan dengan pemimpin yang tidak sedar lagi akan kedudukan yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Dan sebagai tambahan kepincangan politik sedia ada, kita juga sudah mulai terhakis untuk memiliki kriteria dan ciri-ciri kepimpinan bersuara seperti Datuk Ahmad Ismail dalam UMNO dan Kerajaan.

Maka sedarlah.. ambo pun baru khaba...bekalih..

Penulis Adalah Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian

Anonymous said...

''Kadang-kadang Kita Baru Tersedar, Kita Lupa Sejarah....''
Posted on Wednesday, September 10 @ 15:22:42 MYT

oleh : Anuar Hj Safian

Hampir Separuh Jawatan Ketua Pemuda Bahagian Di Johor Menang Tanpa Bertanding
Posted on Thursday, September 25 @ 16:31:20 MYT

Oleh Indera Ahmad

Johor Bahru -- Seramai 11 Ketua Pemuda daripada 26 Bahagian negeri ini telah memenangi jawatan masing-masing tanpa bertanding setelah selesai mesyuarat di peringkat cawangan di negeri itu baru-baru ini.

Bahagian yang tidak ada pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda ialah Muar (YB Razali Ibrahim), Ledang (Zaidi Majid), Pagoh (Ismail Mohamad), Ayer Hitam (Mohd Fadhil Maskun), Mersing (Mohd Youzaimi Yusof), Tebrau (Shahrin Jamaluddin), Tenggara (Abd Halim Abd Jalil), Pengerang, (Mohd Amin Amidon), Batu Pahat (Azizul Kamal), Parit Sulong (Zulkarnain Kamisan) dan Simpang Renggam (Zakaria Dullah).

Menurut Setiausaha Pemuda UMNO Johor, Hj Mohd Fuad Tukirin baki daripada bahagian tersebut akan menyaksikan pertandingan di peringkat tertinggi Pemuda bahagian.

"Manakala untuk jawatan lain seperti Naib Ketua Pemuda terdapat beberapa bahagian yang tidak ada pertandingan.

"Secara keseluruhan perjalanan mesyuarat di seluruh cawangan berjalan lancar walaupun terdapat juga bantahan tetapi ia dapat diselesaikan secara baik", katanya.

Fuad yang akan turut dicabar pada pemilihan Pemuda UMNO kali ini di Bakri seterusnya berharap agar semua calon yang bakal bertanding di peringkat bahagian nanti dapat berkempen secara sihat dalam semangat kekeluargaan.

"Kita tidak nafikan sememangnya pertandingan di bahagian-bahagian terbabit sengit. Namun ini sebenarnya membuktikan proses demokrasi dalam UMNO terus subur.

"Malah pada masa yang sama ini menunjukkan kita tidak kekurangan pemimpin pelapis bagi menerajui parti ini pada masa hadapan", ujarnya.

pak pandir said...

salam aidilfitri buat semua pemuda

buat bakal ketua pemuda saya sebagai pemerhati disisni ingin saya nyatakan bahawa saudara adalah seorang yang komited dan berpandangan jauh tatapi sayang saudara telah terlepas pandang di dalam barisan ajk-ajk saudara...

mengapa saya berkata demikian ini adalah kerana saudara sebagai seorang guru sudah semestinya mengenali sikap anak-anak buah yang berada dalam jagaan saudara tetapi malang saudara tidak meneliti dahulu sedalam dalamnya barisan ajk-ajk saudara itu.

bagaimana saudara dapat menjayakan misi-misi dan manifesto-manifesto saudara yang hebat itu sedangkan barisan ajk-ajk yang berada bersama saudara terdiri dari manusia-manusia yang sekadar pandai berbicara tetapi malas berusaha. ini adalah tanggungjawab berat bukannya main-main untuk mengangkat martabat bangsa dan agama.

kalau sekadar mengadakan perjumpaan dan menaburkan janji-janji manis untuk memukau para perwakilan untuk memancing undi kembalilah kedunia nyata. dari pengamatan saya jika sekadar saudara seorang sahaja yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian saudara itu dan barisan ajk-ajk saudara sekadar mengiakan sahaja maka berat lah saudara untuk memikul tugasan ini.

ada dikalangan barisan ajk-ajk saudara yang memang hebat berbicara, membidas pihak yang satu lagi yang juga ahli dalam pergerakan yang saudara anuti ini tetapi sekadar membidas tanpa ada memikirkan yang dirinya juga tidak lah sehebat mana maka maaf saya katakan lupakan saja bidasan-bidasan itu, ini kerana ianya akan menyebabkan perpecahan dikalangan ahli-ahli semua.

ada diantaranya mempunyai masalah disiplin ditempat kerja .... sehingga diberhentikan kerja adakah ini yang saudara ingin bawa didalam barisan ajk saudara untuk di tonjolkan bahawa ini lah barisan ajk-ajk pemuda tasek gelugor tahun 2008-2012. bagaimana perwakilan-perwakilan hendak mengikut barisan kepimpinan yang sebegini.

tidak salah untuk memimpin tetapi sebelum itu hendaklah perhatikan budi pekerti kita dahulu sebelum memimpin manusia lain.

saya sekolah tak tinggi sekadar sekolah atap saje...

buat renungan bakal pemimpin kononnye....dari pandir