Sunday, January 18, 2009


SELAMATKAN PALESTIN

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1430H

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Monday, December 22, 2008

JEMAAH HAJI

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR.........

BERSYUKURLAH
KERANA SENTIASA DIRAHMATI
ALLAH
SEMASA MENGERJAKAN IBADATNYA...

Sunday, October 26, 2008

SEJARAH UMNO - DIPETIK DARIPADA LAMAN WEB UMNO MALAYSIA

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran.
Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui. Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu. Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan.
Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.
Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat. Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara.
Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.
Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.

PERJUANGAN !

Perjuangan
untuk
membela
kepentingan
agama dan bangsa
tiada noktahnya

Sunday, September 28, 2008

Sambutan Aidilfitri cara Rasulullah - DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE

TENTUNYA tidak relevan lagi untuk mengulas tentang sambutan Ramadan kerana ketika ini telah pun memasuki bulan Syawal, dengan itu bermakna Aidilfitri yang disambut. Tetapi masih ada kaitannya ialah, Aidilfitri itu disambut kerana berakhirnya bulan Ramadan.
Walaupun buku ini berbicara tentang Ramadan, ia turut tidak melupakan untuk mengupas perihal Aidilfitri. Fokusnya tetap sama iaitu bagaimana cara sambutannya mengikut amalan Rasulullah.
Penulis buku ini memulakan bab mengenai Aidilfitri dengan memberi ‘rasa’ kurang senang dengan cara hari kebesaran itu disambut oleh segelintir masyarakat Islam. Menurutnya, amat sedikit di kalangan kita semua yang benar-benar mengambil kira tatacara yang telah diajar oleh Rasulullah semasa menyambut perayaan Aidilfitri.
‘‘Bukan satu kejutan atau menghairankan jika dikatakan bahawa perayaan Aidilfitri di kalangan umat Islam dewasa ini tidak banyak bezanya dengan cara golongan kafir merayakan hari kebesaran mereka.
‘‘Bunyi persamaan itu agak keterlaluan tetapi pertimbangkan pelbagai kemungkaran yang berlaku semasa sambutan Aidilfitri. Contohnya pembaziran, pergaulan bebas, bersalaman lelaki dan wanita bukan muhrim dan sebagainya. Itu belum dikira ada sesetengah kita yang berbohong, mengumpat dan melakukan perbuatan tidak senonoh lain,’’ tulis beliau pada bab Kedatangan Aidilfitri, di halaman 118.
Di dalam bab yang sama beliau turut menyatakan betapa kebanyakan daripada kita semua lebih gemar menghabiskan masa menonton rancangan di televisyen dan bukannya ziarah-menziarahi sesama saudara.
Tambahnya, rancangan televisyen (bukan semua) penuh dengan program berunsur hedonis selain ada juga segelintir kita yang menziarah kubur pada Hari Raya, dianggap penulis sebagai upacara bidaah.
Justeru, dengan menyorot serta mencedok ayat-ayat Quran dan hadis, penulis cuba memberi panduan berhubung cara yang afdal untuk menyambut serta meraikan Aidilfitri.
Antara panduan yang terdapat di dalam buku ini termasuk amalan-amalan sunat dilakukan di Aidilfitri; hukum mengerjakan solat Aidilfitri; sifat solat Hari Raya Nabi Muhammad s.a.w.; masalah berkaitan solat Hari Raya; khutbah; hukum bergembira di Hari Raya dan mengerjakan puasa enam hari di bulan Syawal.
Tidak ketinggalan, pengertian Aidilfitri itu sendiri disertakan dan dikongsi bersama dengan pembaca semua. Kalau kita belum jelas, makna eid daripada segi bahasa ialah sesuatu yang berlaku berulang-ulang atau hari orang berkumpul.
Muncul Ibn al-Arabi menyebut: ‘‘Hari Raya disebut eid kerana hari itu akan sentiasa muncul pada setiap tahun dan membawa kegembiraan baru.’’ Fitri atau fitrah pula bermakna sedia kala atau bersifat asal. Maka Hari Raya Aidilfitri ialah salah satu dari hari kebesaran umat Islam yang disambut tanggal 1 Syawal setiap tahun setelah berjaya menyempurnakan ibadat sepanjang Ramadan dan kembali kepada fitrah, iaitu dibenarkan makan serta minum.’’
Dalam bab seterusnya, penulis mengupas satu persatu mengenai amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sempena menyambut ketibaan Aidilfitri.
Antara amalan yang diajarkan itu termasuklah bertakbir, meneruskan qiamullail, mandi dan makan sebelum solat Hari Raya, memakai pakaian indah, berjalan menuju ke tempat solat, mengikuti jan berbeza ketika pergi dan pulang serta mengerjakan solat di tempat lapang.
Barangkali ada kemusykilan tentang pengucapan Selamat Hari Raya di kalangan kita semua.
Dalam hal ini, penulis ada menyebut mengenai senario umat Islam di Malaysia mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin’.
Namun kata penulis, apa yang lebih bertepatan ialah mengambil teladan sunah Nabi s.a.w. sebagaimana diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, yang dinukilkan daripada Jubair Nufair katanya yang bermaksud: ‘‘Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w. bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain iaitu ‘taqabbalullah minna waminka’ bermaksud: ‘‘Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.’’
Sementara itu, menariknya dalam buku ini ialah penulis mengutarakan mengenai hukum bergembira di Hari Raya.
Lazimnya, bagi kita di Malaysia, kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri diterjemahkan dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul dan ziarah-menziarahi sesama umat Islam. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum Aidilfitri dimanfaatkan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan.
‘‘Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam sempena menyambut Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.’’
Rasulullah sendiri telah membenarkan penduduk Madinah bergembira apabila munculnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Setiap tahun, umat Islam di seluruh negara akan membuat persiapan ‘beria-ia’, tidak kira semasa menyambut Ramadan atau Aidilfitri.
Pendek kata, golongan yang beria-ia ini sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang besar sehingga melupakan apa yang diajar oleh ayat al-Quran dan hadis Nabi.
Dalam hal ini, kita sendiri mengetahui bahawa Islam tidak pernah menghalang atau melarang umatnya berbelanja, bersuka ria atau menyambut perayaan dengan kemeriahan.
Tetapi perlu diingatkan bahawa Allah s.w.t. telah menggariskan beberapa panduan dan contoh terbaik bagi hamba-hambaNya dalam menyambut kedua-dua bulan yang mulia itu.
Selain berpandukan ayat Quran dan hadis Nabi, buku tulisan Mohd. Yaakub, graduan lulusan Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini boleh dijadikan sandaran bacaan bagi menambah ilmu pengetahuan tentang cara sambutan Ramadan dan Aidilfitri seperti disyariatkan Islam.

SALAM LEBARAN

SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, September 25, 2008

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yang nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.
'Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..' WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.
kepada
SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri. Wahai Ali,
bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Saturday, September 20, 2008

SELAMAT DATANG RAMADAN

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan,
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan
dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
(jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan,
yang berdo'a adalah Malaikat
dan
yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat,
dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sunday, August 17, 2008

PERMATANG PAUH !

BERJUANG HABIS-HABISAN
UNTUK
MEMASTIKAN
PERMATANG PAUH
KEMBALI MENJADI
MILIK UMNO DAN BARISAN NASIONAL !

Wednesday, August 13, 2008

RENUNGAN BERSAMA !

Renungan kepada Ketua-ketua Pemuda Cawangan
Parlimen Tasek Gelugor

Tahniah atas pemilihan saudara sebagai Ketua Pemuda Cawangan yang baru.
Besarlah harapan agar jangan anggap ini sebagai kemenangan tetapi bagi saya,
ini merupakan tanggungjawab yang kita kena pikul bersama.
Bukan jawatan ini untuk bermegah juah
tapi ini merupakan amanah yang harus kta sudah dan selesaikan dengan kejayaan. Tambah mana yang kurang dan perbetul segala kesilapan.
Perjuangan belum selesai.
Tq

PERJUANGAN BERSAMA !

Saya bersama rakan-rakan dan pasukan saya
dengan sedaya upaya selagi termampu dan terdaya terpanggil untuk membantu membentuk barisan yang mantap
pada pemilihan akan datang.
Kerana saya amat percaya yang dibahu kepimpinan baru nanti terpikul akan satu amanah dan tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan kuasa yang kita tercicir seketika ini. Tanpa pasukan yang mantap dan daya kepimpinan yang tinggi, tak mungkin kta gapai hasrat besar itu.
Yang penting kita pilih orang yang boleh buat kerja.
Kita harus berubah, kita harus sedar, kita harus mengorak langkah, kita harus berani kalau kita ingin berjaya.
Wasalam

Monday, August 11, 2008

TERIMA KASIH UNTUK PENCALONAN !

Kepada Pemuda cawangan-cawangan,

Saya menyanjung segala pencalonan yang telah dibuat oleh saudara.

Sehingga 28 Ogos 2008 (32 PENCALONAN),

  1. Cawangan Lubuk Meriam
  2. Cawangan Paya Tok Akil
  3. Cawangan Padang Cempedak
  4. Cawangan Pokok Machang
  5. Cawangan Taman Air Tawar Indah
  6. Cawangan Seri Pantai
  7. Cawangan Gelung Bubu
  8. Cawangan Sungai Kreh
  9. Cawangan Kampung Haji Mahmud
  10. Cawangan Kampung Kolam
  11. Cawangan Seri Banggol
  12. Cawangan Taman Sena Indah
  13. Cawangan Permatang Kerai Kecil
  14. Cawangan Bagan Lebai Tahir
  15. Cawangan Pongsu Seribu
  16. Cawangan Pokok Sena
  17. Cawangan Taman Melati
  18. Cawangan Permatang Bogak
  19. Cawangan Permatang Kerai Besar
  20. Cawangan Maklom
  21. Cawangan Titi Mukim
  22. Cawangan Syeh Madar
  23. Cawangan Guar Kepayang
  24. Cawangan Tok Malau
  25. Cawangan Sungai Dua
  26. Cawangan Taman Tun
  27. Cawangan Permatang Binjai
  28. Cawangan Pekan Baru
  29. Cawangan Seri Jaya
  30. Cawangan Permatang Jaya
  31. Cawangan Taman Senangan
  32. Cawangan Lahar Yooi

PERJUANGANKU !

SALAM PEMUDA !

MEMPERKASAKAN PEMUDA, MENINGKATKAN TARAF PENDIDIKAN DAN EKONOMI. YANG PALING MUSTAHAK MENGEMBALIKAN KEYAKINAN PEMUDA TERHADAP UMNO SEBAGAI SATU-SATUNYA PARTI DAN WADAH PERJUANGAN YANG BOLEH MENGEMBALI DAN MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DALAM KONTEKS TASEK GELUGOR.

PEMIMPIN PEMUDA !

PEMUDA UMNO DI SETIAP PERINGKAT MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT ;

  1. BERFIKIRAN TERBUKA
  2. BERANI MENGHADAPI CABARAN
  3. MAMPU MEMACU PERJUANGAN PEMUDA KE LANDASAN YANG TEPAT
  4. JUJUR
  5. MELETAKKAN KEPENTINGAN PARTI MENGATASI SEGALANYA

Buatlah Pemilihan Yang Tepat !

Semarakkan PEMUDA

Bersama-sama kita berjuang menegakkan kesinambungan bangsa, agama dan negara. Pemuda UMNO akan menjadi barisan hadapan dan perisai kepada bangsa Melayu.

Monday, July 28, 2008

Mukaddimah

Salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada pelayar blog yang melayari laman ini. Blog ini saya bina sebagai sumbangan saya untuk menjana kembali sokongan terhadap parti UMNO yang tercalar pada pilihanraya umum lalu, khususnya untuk mengembalikan sokongan orang muda kepada Umno dan mengukuhkan Umno menjelang pilihanraya umum ke 13.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemuda umno cawangan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan ketua Pemuda Umno bahagian Tasek Gelugor.

Saya mengalu-alukan maklumbalas saudara semua agar parti dan sayap pemuda dapat dipertingkatkan seterusnya menguatkan Umno.

Sekian,
Wassalam.

Hasbul Hazani aka Cikgu Hasbul